Sudahkah Kamu Mendaftar Sebagai Penderma Organ?

Satu laporan yang dikeluarkan oleh British Medical Association, menyatakan: 

"Setiap tahun, ramai orang yang meninggal dunia dalam situasi menunggu penderma organ yang sesuai. Tetapi dalam masa yang sama, ada mayat dikebumikan atau dibakar masih lengkap dengan organ-organnya yang masih boleh digunakan untuk menyelamatkan nyawa orang lain, bukan kerana si mati membantah pendermaan organ tetapi hanya kerana mereka tidak pernah mendapat peluang untuk mendaftar sebagai penderma atau tidak berkesempatan untuk memaklumkan kepada saudara-mara mereka berhubung hasrat mereka" 





Permindahan organ adalah satu proses pembedahan yang melibatkan penggantian organ-organ atau tisu yang berpenyakit dan rosak dengan tisu atau organ yang sihat daripada penderma. 

Rawatan ini bertujuan untuk membantu menyelamatkan nyawa orang lain yang berhadapan dengan penyakit kronik di mana organ atau tisu-tisu mereka telah mengalami kerosakkan yang teruk.

Organ-organ yang biasa terlibat dengan perpindahan adalah buah pinggang, jantung, hati, paru-paru dan pankreas manakala tisu anggota badan yang boleh didermakan ialah adalah mata, tulang, kulit dan injap jantung. Jadi ini bermaksud seorang penderma boleh menyelamatkan beberapa nyawa orang lain!




Seperti bedah siasat, pendermaan organ dan tisu tidak mendatangkan gangguan kepada upacara pengkebumian. Jika organ-organ dalaman diambil, badan akan dijahit kembali seolah-olah seperti keadaan mereka yang baru menjalani pembedahan. 

Bagi penderma kulit, hanya lapisan nipis kulit pada belakang badan sahaja yang akan diambil. Untuk penderma mata pula, mata tiruan akan dimasukkan dan bagi yang mendermakan tulang, gantian tulang akan dimasukkan dan tulang untuk didermakan dikeluarkan.


Jadilah seorang penderma organ sekarang kerana tindakan murni kamu pastinya akan dapat menyelamatkan dan memberikan kegembiraan kepada pesakit yang memerlukan.


Hui Yee seorang pesakit di Malaysia yang menerima organ jantung


Proses pendaftaran sebagai seorang penderma organ adalah sangat mudah. Muat turun borang di siniisikannya seperti yang tertera di bawah dan kemudian kamu hanya perlu menghantarkan borang itu kepada pihak berkenaan.


*Untuk nombor 4 ianya terpulang sepenuhnya ke atas kamu


Kemudian turunkan tanda tangan dan hantarkan borang yang telah lengkap diisi ke alamat berikut:

"Pusat Sumber Transplan Nasional,Hospital Kuala Lumpur, Jalan Pahang, 50586 Kuala Lumpur"

Kemudian kamu akan dihubungi oleh pihak Hospital bagi mengesahkan bahawa pendaftaran kamu telah berjaya dan kini kamu sudah pun bergelar penderma organ.



Pastikan kamu berbincang dan memberitahu kepada ahli keluarga kamu terlebih dahulu di atas hasrat murni kamu untuk mendaftar sebagai seorang penderma. 


Kedudukan Malaysia dalam pendermaan organ


Agama Islam tidak melarang proses pendermaan dan perpindahan organ. Untuk rujukan, kamu boleh muat turun pandangan mufti-mufti dan jabatan agama yang berkaitan dengan pendermaan organ menurut perspektif islam di sini.




Saya sudah mendaftar! dan kami di Noetic Therapy Resources menyokong penuh tindakan kamu untuk mendaftar sebagai seorang penderma organ. 

"Jika seorang manusia meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariyah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakannya."  HR Muslim 1631